Jiwa SME | Perkhidmatan digital 'pulihkan' perniagaan reka binaan

2022-11-15 0

Kesan pandemik COVID-19 telah banyak membantu meningkatkan kadar literasi digital masyarakat melalui media sosial.

Pelbagai sektor termasuk perniagaan perlu menyesuaikan diri dan mencari alternatif baru untuk kekal berdaya saing meskipun negara berada dalam fasa endemik.

Syarikat White Dot Sdn Bhd, sebuah perniagaan reka binaan dan bentuk dalaman, tidak terkecuali dalam memanfaatkan penggunaan digital dalam perniagaan mereka.